Kapal terbang kertas
Kapal terbang kertas

Kapal terbang kertas

Kapal terbang kertas (pesawat kertas) ialah kapal terbang mainan yang dibuat daripada kertas. Ia adalah reka bentuk yang paling asas dalam seni membentuk kertas. Seni ini merupakan satu aktiviti yang melibatkan lipat-lipat kertas supaya kertas berkenaan mempunyai bentuk tertentu seperti bentuk binatang, rumah, dan sebagainya. Dalam bahasa Jepun ia dikenali sebagai kami hikoki (紙飛行機; kami: kertas, hikoki: terbang).Kapal terbang kertas adalah terkenal, kerana ia adalah reka bentuk yang paling mudah dalam seni membentuk kertas. Kapal terbang kertas semudah-mudahnya boleh disiapkan dalam enam langkah. Pada zaman sekarang, ada juga kapal terbang kertas yang dibuat daripada kadbod.